BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 1, 2010

Cara Atasi penyakit Batu Karang


ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
 
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang
  • Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. 
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.

Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.


Batu karang
dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.

Batu karang
terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.


Penyakit batu karang
lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.


Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.


Pemakanan tradisional Cina


Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)


Perubatan tradisional Melayu


Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.


Contohnya ialah:-


Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.


Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiap pagi.


Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.


Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum.


Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar.


Kemudian minum airnya dan makan isinya.


(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).


Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)


Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.


Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atau Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).


Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.


Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy)


Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.


Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan berulang kembali.


(Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)

Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.


Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih.


Habbatus Sawda dikenalpasti boleh merawat dan Menghancurkan Batu Karang serta Radang Buah Pinggang.

Baca Hadis di bawah :

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud :
"Tetaplah kamu dengan Habbatus Sawda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati)". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain dari menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap hari bagi umat Islam jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan solat-solat sunat. Insya-Allah kita akan menjadi sihat wal'afiat. 
sumber : klik sini

p/s : setiap penyakit pasti ada penawarnya....

0 comments: